Berpotensi Melahirkan Anak yang SUPER (yang HEBAT, CERDIK,CERDAS, dan IQ yang tinggi)

Sabda Rasullah s.a.w, “Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan”. Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.



Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.



Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu.  Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi)



“Kajian yg dijalankan oleh pasukan kajian dibawah Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi University Granada mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan jika dibandingkan dengan susu lembu.Antaranya ialah menolong mencegah ferrponic anaemia(kekurangan zat besi),tulang rapuh dan mengcergaskan minda kanak-kanak.”


Dapat mengatasi alergi terhadap susu lembu – ada kanak-kanak tidak boleh meminum susu lembu kerana alah dengan laktosa yang terdapat dalam susu lembu tersebut.  Kebanyakan para ibu bapa menukar kepada susu formula yang berasaskan kacang soya.  Sebenarnya mereka juga boleh menggunakan susu formula berasaskan susu kambing kerana ia ternyata lebih berkhasiat berbanding susu berasaskan kacang soya.   

Baik untuk pesakit asma – kanak-kanak dan orang dewasa yang menghidap asma adalah digalakkan untuk meminum susu kambing kerana ia mampu menguatkan sistem imunisasi paru-paru.



Dapat mengubati demam kuning – Susu kambing mengandungi antibodi yang boleh digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.  Ia juga sesuai untuk diberikan kepada bayi yang mengalami demam kuning  kerana ia ternyata berkesan untuk mengubatinya dan ia juga turut diperakui oleh pakar kesihatan.

Kandungan protein dan kalsium yang terkandung dalam susu kambing adalah 2.1 kali ganda dari susu lembu dan kandungan vitaminnya pula adalah 3.8 kaliganda melebihi susu lembu.



Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein & beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino termasuk 8 jenis asid amino penting.



Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).



Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).



Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.



Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:



•           Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon

•           Membolehkan penggumpalan darah

•           Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan

•           Menstabilkan dan menyelenggara membran sel

•           Membolehkan saraf berfungsi dengan baik

•           Mengawal degupan jantung

•           Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon

•           Menyingkirkan toksin dalam kolon

•           Menurunkan tekanan darah

•           Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa

•           Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan